NVIDIA Mula Menamatkan Sokongan Kemaskini Perisian Untuk Siri Kad Grafik Lama
Nazrin
Pada pertengahan tahun ini, ia telah diumumkan bahawa NVIDIA akan mengehadkan sokongan kemaskini perisian untuk siri kad grafik NVIDIA GeForce GTX 900 dan GeForce GTX 1000 kepada kemaskini sekuriti dan prestasi umum sahaja.
Terkini, dengan pengenalan kemaskini perisian 590 untuk sistem operasi Linux, orang ramai sudah mengatakan bahawa NVIDIA akhirnya sudah menghentikan sokongan untuk siri kad grafik Maxwell dan Pascal tersebut.

Perkara ini nampaknya disahkan untuk sistem operasi Linux terlebih dahulu, kerana kadang-kala perisian kemaskini yang ditawarkan pada sistem operasi Microsoft Windows adalah berbeza. Tetapi sekiranya adalah sama, ia bermakna bahawa perisian 581.80 yang diperkenalkan pada bulan November adalah perisian terakhir yang menyokong kedua-dua siri kad grafik ini.

Ini bukan bermakna bahawa kad-kad grafik ini tidak lagi akan disokong sepenuhnya, tetapi kemaskini sekuriti dan prestasi umum hanya akan ditawarkan setiap suku tahun, dan tidak lagi akan hadir dengan kemaskini khusus untuk permainan moden.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.





