Malaysia Oversight

Kadar Antara Bank Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

By TheSun in June 7, 2025 – Reading time 1 minute
Kadar Antara Bank Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan


KUALA LUMPUR: Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan dengan sokongan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Sepanjang minggu ini, bank pusat mengendalikan operasi harian dengan melaksanakan tender repo berbalik dan repo berbalik bagi mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.

Bagi asas Jumaat hingga Jumaat, lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional menokok kepada RM32.60 bilion daripada RM28.50 bilion pada akhir minggu sebelum itu.

Dalam sistem kewangan , lebihan mudah tunai mencatatkan penurunan kepada RM23.60 bilion daripada RM27.20 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Malaysia (MYOR-i) adalah 3.00 peratus pada 6 Jun.



Source link