Malaysia Oversight

Dakwaan rasuah setpol PM, Tei seru ‘lawan tetap lawan’

By MkiniBM in December 4, 2025 – Reading time 1 minute
Dakwaan rasuah setpol PM, Tei seru ‘lawan tetap lawan'


Ahli perniagaan Albert Tei tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini dan melaungkan seruan, “lawan tetap lawan!” ketika dibawa bagi menghadapi enam pertuduhan berkaitan rasuah.

Tei tiba menaiki van SPRM pada kira-kira jam 8 pagi, sejurus setelah ketibaan bekas setiausaha politik perdana menteri Ibrahim, Shamsul Iskandar Md Akin, yang berdepan pertuduhan menerima rasuah.

Sambil menunggu untuk dibawa masuk ke mahkamah, Tei turut melaungkan, “Reformati!” dan mendakwa akan mengadakan sidang media lanjut hari ini.

Tei dan Shamsul berpakaian biasa serta tidak digari.

[Berita penuh menyusul]



Source link