Malaysia Oversight

Spotify Wrapped 2025 Kini Boleh Diakses Pengguna

By Amanz in December 3, 2025 – Reading time 1 minute
Spotify Wrapped 2025 Kini Boleh Diakses Pengguna


Yang dinanti-nantikan akhirnya tiba. Spotify Wrapped 2025 kini boleh diakses oleh pengguna. Melalui kemas kini ini, Spotify menampilkan senarai artis paling banyak didengari, lagu pilihan utama, jumlah minit penstriman serta genre muzik teratas yang menemani pengguna sepanjang tahun 2025.

Spotify Wrapped 2025

Antara ciri baharu yang diperkenalkan ialah Listening Age, yang membandingkan cita rasa muzik pengguna dengan kumpulan umur lain berdasarkan tahun keluaran lagu paling banyak didengar. Selain itu, terdapat Top Albums yang menampilkan album paling kerap didengar sepanjang tahun, manakala Your Author Clip pula memberikan pesanan khas daripada penyanyi atau pencipta kandungan pilihan utama pengguna.

Spotify Wrapped 444

Antara ciri lain yang turut menarik perhatian ialah Fan Leaderboard yang menunjukkan kedudukan pengguna berbanding pendengar lain di seluruh dunia berdasarkan jumlah minit penstriman. Di samping itu, terdapat Clubs yang membahagikan pendengar ke dalam enam kelab berbeza mengikut gaya pendengaran unik masing-masing. Seterusnya, Listening Archive menggunakan teknologi AI untuk menghasilkan laporan peribadi tentang hari-hari penstriman paling lama didengari.

Spotify Wrapped 666

Akhir sekali, Wrapped Party menawarkan maklumat pendengaran dalam bentuk ‘wallpaper’menarik yang boleh dikongsi bersama kenalan di media sosial seperti Instagram.



Source link