Malaysia Oversight

PMX perlu tokoh berkaliber, setia, berkhidmat untuk perkukuh agenda Malaysia Madani

By Utusan in December 3, 2025 – Reading time 2 minute
PMX perlu tokoh berkaliber, setia, berkhidmat untuk perkukuh agenda Malaysia Madani


KUANTAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Ibrahim perlu memastikan pasukan kepimpinan negara diperkasakan dengan tokoh-tokoh yang benar-benar berkaliber, berintegriti dan mempunyai rekod perjuangan yang konsisten.

Timbalan Pengerusi Persatuan Integrasi Madani Malaysia (AMIM), Abdullah Hakim Ahmad berpandangan, tokoh politik , Ahmad Nizam Hamid antara pejuang reformis yang wajar dipertimbangkan untuk membantu memperkukuh pelaksanaan agenda reformasi selain berpengalaman luas dalam dunia undang-undang.

Menurutnya, Ahmad Nizam merupakan peguam berpengalaman, pejuang tegar reformasi sejak awal penubuhan dan turut memainkan peranan penting di belakang tabir dalam memastikan terbentuknya Perpaduan yang memulihkan kestabilan politik negara.

“Selain ketokohan dan komitmen terhadap agenda reformasi, rekod integriti dan prinsip beliau jelas kekal bersih tanpa dikaitkan dengan sebarang skandal atau rasuah. Ciri ini sangat penting bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi dan memastikan agenda perubahan dapat dilaksanakan tanpa kompromi.

“Saya percaya dengan pengalaman, kepakaran undang-undang dan keteguhan moral yang beliau miliki dalam menyumbang secara signifikan kepada pentadbiran negara, sama ada sebagai anggota Kabinet ataupun penasihat khususnya   dalam memberi peluang beliau menyumbang dan bersama-sama dalam memastikan agenda yang dibawa oleh Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdullah Hakim yang juga peguam berkata, negara memerlukan kepimpinan yang cekap, bersih dan berani.

“Dengan menampilkan sosok seperti Ahmad Nizam dalam struktur pentadbiran, ia akan memberikan nilai tambah kepada usaha PMX untuk membawa pembaharuan sebenar kepada negara,” katanya. – UTUSAN





Source link