Malaysia Oversight

Kelantan lulus SOP mohon lesen dulang emas

By MkiniBM in December 3, 2025 – Reading time 2 minute
Kelantan lulus SOP mohon lesen dulang emas


hari ini meluluskan prosedur operasi standard (SOP) bagi permohonan lesen mendulang emas di negeri itu, yang dijangka boleh mula dimohon pada awal tahun hadapan.

Timbalan Menteri Besar Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat exco yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud mengikut Seksyen 28 Enakmen Mineral 2001.

Beliau berkata walaupun SOP telah diluluskan, musim banjir ketika ini tidak sesuai untuk menjalankan aktiviti mendulang emas.

“Kami akan umumkan tarikh permohonan dibuka dan dijangkakan awal tahun hadapan,” katanya selepas mesyuarat exco di Kompleks Kota Darul Naim di Kota Bharu.

2306735ce6dc0be56174cce232cd8c97

Mohamed Fadzli berkata lesen mendulang emas perlu dimohon terus melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri atau PTG jajahan.

Beliau berkata bayaran lesen sebanyak RM100 setahun akan dikenakan, perlu diperbaharui setiap tahun, tidak boleh dipindah milik dan hanya layak untuk rakyat .

Menurut Mohamed Fadzli, aktiviti mendulang dibenarkan dari 8 pagi hingga 6 petang manakala kawasan tanah akan diwartakan khusus untuk tujuan itu.

“Beberapa peraturan berkaitan penjagaan alam sekitar juga akan dimasukkan bagi mengelakkan risiko seperti runtuhan tebing sungai.

Pembeli emas diiktiraf

“Emas yang diperoleh perlu dijual kepada pembeli yang diiktiraf kerajaan negeri.

“Pembeli emas juga perlu memohon lesen daripada PTG kerana mereka akan terikat dengan pembayaran royalti kepada kerajaan negeri,” katanya.

Mohamed Fadzli berkata had umur pendulang akan diteliti semula manakala aktiviti mendulang semasa musim tengkujuh tidak dibenarkan.

Beliau berkata aktiviti mendulang emas telah lama wujud di Kelantan namun tanpa garis panduan khusus, dan SOP baharu itu bertujuan menjaga kebajikan pendulang serta pembeli emas selain memastikan kelestarian alam sekitar.

– Bernama



Source link