Sharp AQUOS R10 Kini Rasmi – Cip Snapdragon 7+ Gen 3 Dan Kamera Leica
June 3, 2025
•
Amy Maizuraa
Sharp telah melancarkan AQUOS R10 yang dilengkapi cip Snapdragon 7+ Gen 3 serta kamera hasil kerjasama Leica Camera AG. Sistem kameranya terdiri daripada tetapan 50.3MP dengan sensor sudut lebar yang mempunyai panjang fokus 23mm.

Antara ciri utama lain AQUOS R10 termasuklah paparan PRO IGZO OLED FHD+ dengan kadar segar semula 240Hz serta kecerahan puncak 3000 nits. Ia juga hadir dengan memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB, di samping bateri berkapasiti 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 36W.
Sokongan AI generatif terbina membolehkan pengguna mengasingkan kata kunci daripada perbualan dan menyimpannya sebagai nota. Peranti ini bukan sahaja kalis air dan habuk dengan ketahanan IPX5/IPX8/IP6X, malah memenuhi piawaian MIL-STD-810G untuk memastikan ia tahan lasak.

AQUOS R10 turut menyokong Osaifu-Keitai, NFC, nano SIM + eSIM DSDV, serta kad microSD untuk kelebihan tambahan. Peranti ini dijangka mula dijual di Jepun, Taiwan, Singapura, dan Indonesia bermula Julai 2025.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.