Malaysia Oversight

Sultan Ibrahim Terima Taklimat Reformasi Undang-Undang & Audit

By TheSun in June 3, 2025 – Reading time 1 minute
Sultan Ibrahim Terima Taklimat Reformasi Undang-Undang & Audit


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini dipersembahkan taklimat pencapaian serta agenda Reformasi Undang-Undang dan Laporan Ketua Audit Negara, dalam dua sesi berasingan yang diadakan di Istana Negara.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, taklimat pencapaian serta agenda Reformasi Undang-Undang dipersembahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said kepada Seri Paduka Baginda.

Seri Paduka Baginda kemudian dipersembahkan Laporan Ketua Audit Negara 2/2025 oleh Ketua Audit Negara Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

Kedua-dua sesi itu masing-masing berlangsung selama hampir sejam.



Source link