Malaysia Oversight

Jakarta Kini Adalah Bandar Dengan Jumlah Penduduk Paling Ramai Di Dunia

By Amanz in December 2, 2025 – Reading time 1 minute
Jakarta Kini Adalah Bandar Dengan Jumlah Penduduk Paling Ramai Di Dunia


Jakarta Kini Adalah Bandar Dengan Jumlah Penduduk Paling Ramai Di Dunia

December 2, 2025
Lain-lain

Effi Saharudin

Ibu negara Indonesia, Jakarta kini secara rasmi menjadi bandar dengan jumlah penduduk paling ramai di dunia dan ia memintas Tokyo. Menurut laporan Prospek Urbanisasi Dunia 2025 yang diterbitkan oleh Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial PBB bulan ini, Jakarta mempunyai 42 juta penduduk.

eko herwantoro mAxA2OmTmKA unsplash
Eko Herwantoro/Unsplash

Di tangga kedua ialah bandaraya Dhaka, Bangladesh dengan 37 juta penduduk dengan megalopolis Tokyo kini di tangga ketiga dengan 33 juta penduduk. Ini bermakna lebih banyak penduduk tinggal di Jakarta dan Dhaka berbanding keseluruhan Malaysia yang mempunyai 34.2 juta penduduk. Kuala Lumpur pada ketika ini ialah bandar ke-41 dengan jumlah penduduk paling ramai di dunia.

Dhaka akan memintas Jakarta sebagai bandar dengan jumlah penduduk tertinggi sementara Tokyo akan jatuh ke tangga ke-7 dengan 31 juta penduduk juga menjelang 2050. Menjelang 2050 juga, Kuala Lumpur akan menjadi sebuah megalopolis dengan hampir 11 juta penduduk.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link