Malaysia Oversight

PM Anwar Ucap Tahniah Sempena Hari Keputeraan Agong

By TheSun in June 2, 2025 – Reading time 1 minute
PM Anwar Ucap Tahniah Sempena Hari Keputeraan Agong


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim hari ini merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata beliau bagi pihak MADANI mendoakan Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong serta seluruh Kerabat Diraja, dikurniakan keafiatan berpanjangan serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

“Semoga (Seri Paduka) Baginda Tuanku kekal qarar memayungi negara dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara, seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara ini.

“Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan, Dirgahayu Tuanku,” kata beliau.



Source link