Malaysia Oversight

Aktifkan Gaya Hidup Cergas Dengan Siri HUAWEI WATCH FIT 4 

By Amanz in June 2, 2025 – Reading time 5 minute
Aktifkan Gaya Hidup Cergas Dengan Siri HUAWEI WATCH FIT 4 


Huawei

Aktifkan Gaya Hidup Cergas Dengan Siri HUAWEI WATCH FIT 4 

May 31, 2025

Amy Maizuraa

Hari ini, 31 Mei merupakan tarikh berlalunya 5 bulan dalam tahun 2025. Apakah yang telah anda capai? Adakah anda telah berjaya mendapatkan pekerjaan baharu, kenderaan baharu, pergi bercuti, atau mungkin telah mencapai azam yang anda tetapkan pada awal tahun, namun masih belum berjaya menunaikan azam anda untuk hidup dengan lebih aktif, dan cergas? Mungkin anda perlukan sedikit suntikan semangat dalam bentuk gajet dan kami boleh cadangkan jam tangan siri HUAWEI WATCH FIT 4 yang boleh membantu anda mencapai azam tersebut.

AD 4nXftuiUaA6tXfkbDik0HnydMb2t4jVi12IxFAmhhTF8vXWCg3k7ABGqaPiI9EpqaMx87HS A0ioRvpB5BNV Jykt93YUQh Y GZHEJ0FDEF RVeQDXi q7Q7Y7llDHDUoXNFVa9Rg?key=wx2 JGCV07KqCfF6srRn Q

Siri HUAWEI WATCH FIT 4 merupakan jam pintar yang membawakan pelbagai fungsi tercanggih dalam menggerakkan gaya hidup anda baik dari segi kecergasan, mahupun urusan harian. Dengan fungsi pemantauan jantung, pembayaran nirtunai, dan pelbagai fungsi pintar lain, bakal memberikan anda lebih dari apa yang anda mahukan. Terdapat dua pilihan iaitu HUAWEI WATCH FIT 4 atau HUAWEI WATCH FIT 4 Pro dan kedua-dua jam tangan pintar ini berupaya memberikan kelainan kepada gaya hidup anda.


Rekaan Minimalis Penuh Gaya

Dari segi rekaan, HUAWEI WATCH FIT 4 Pro hadir dengan reka bentuk yang nipis setebal 9.3mm dan ringan dengan berat 30.4g. Ia juga selesa digunakan, membolehkan anda memakainya sepanjang hari tanpa menyebabkan ketidakselesaan atau gangguan pada pergelangan tangan. Dengan paparan yang tahan lasak berasaskan panel skrin kaca nilam serta bingkai aloi titanium pada tubuh aluminium yang mempunyai tahap ketahanan setara dengan aluminium kapal terbang, ia menampilkan reka bentuk yang eksklusif dan bernilai tinggi.

AD 4nXfdKHOFM4JVbaPRa4lyDv0Xodee 1CoXuzXZZfEnhSv VD6E4 hQ z5cTvvV016mkYgU0rECBmFafkqm3nBj12E3W LGWvfZEP8RIufWCufjatJjNmeNxh3rR 7b 1A4uveQlW?key=wx2 JGCV07KqCfF6srRn Q
AD 4nXf6tqXbzIXSxFqJHplOAk2sIxokvnjZIUOoF5JPaWSQi3ixaWw8usWMU1edGOkFUFQGbSXLZM8QqKdWJPwE4YYPcA9u rOr2D0bSNHRT6Gj50n6MSAPIozlHyj5qJ1WFur6I91GtQ?key=wx2 JGCV07KqCfF6srRn Q

Paparan AMOLED bersaiz 1.82 inci dengan tahap kecerahan 3000 nits memudahkan anda melihat angka serta kecergasan sepintas lalu. Selain itu, anda bebas memilih antara tiga pilihan warna serta jenis tali jam yang sesuai dengan gaya hidup anda bagi siri Pro. Anda boleh memilih tali jam fluoroelastomer yang selesa yang tersedia dalam beberapa pilihan warna seperti hitam atau biru. Selain itu, anda juga boleh memilih tali nilon hijau tenunan 3D yang dapat menyerlahkan gaya hidup anda yang cergas.

AD 4nXdcu3UZnbxY3E3A4IArW4LCoI6HU 36JrLoXJ8P84oi zI6XrtGcNmsHnVsQK xDsieXjrGUhcOleopYDQGQYHh0nzqCe1ltph iyVBT OdNR9nZI4GTr0uknDxn6gqNz HmZWozg?key=wx2 JGCV07KqCfF6srRn Q

Untuk HUAWEI WATCH FIT 4, ia hadir dengan reka bentuk nipis setebal 9.5mm dan berat 27g. Selain itu, ia menampilkan paparan 1.82 inci dengan tahap kecerahan 2000 nits untuk memberikan pengalaman visual yang jelas dan terang. Terdapat pilihan warna hitam, ungu dan putih untuk tali jam fluoroelastomer, atau anda boleh memilih tali nylon kelabu 3D woven untuk kelihatan segak bersamanya.

AD 4nXeRgijc7IGpD38ZLpKXEtuxSk1969dH34WlA6DnmT3Vg0JNQ0jmufyOw5kBLyyWy6 2q9bbPK2O6q5Uk92IbR8JSNG5NbKrmmKEzVR feKSg6AWbBeo7dKLsxn3TWhqegh4q 8mzw?key=wx2 JGCV07KqCfF6srRn Q

Lebih 100 Aktiviti Kecergasan Untuk Anda

Salah satu kelebihan jam tangan pintar adalah ketersediaan mod kecergasan untuk pengguna, dan menerusi siri HUAWEI WATCH FIT 4, terdapat lebih dari 100 mod aktiviti kecergasan untuk pengguna. Pengguna boleh melakukan lebih aktiviti dari sekadar berlari, berjalan, berenang dan banyak aktiviti kecergasan yang dapat dipantau termasuklah berkayak, meluncur ombak, dan bermacam lagi. Malah dengan sistem dual-GPS yang lebih baik dengan tambahan teknologi HUAWEI Sunflower Positioning System yang berasaskan algoritma dan juga antena yang dapat memberikan kejituan lokasi dengan lebih tepat. 

AD 4nXfPMJ0DUxlVVP92RUEHcqyfKfcYnQm35IjWHmHGpL6YphRJ2NbusEYj25Yrro1azsNKQrW172CTGFVlKfPKGxEXYRT8DZgP5I zWXHRV8 iWpIDKnq6lrqn0qJocNiIdkCPiioG?key=wx2 JGCV07KqCfF6srRn Q

Dan khas untuk HUAWEI WATCH FIT4 Pro, terdapat mod larian denai yang disediakan dengan pemetaan luar talian, peta muka bumi, dan boleh memberikan amaran sekiranya pelari telah keluar dari laluan yang ditetapkan. Terdapat juga mod penyelam bebas sehingga 40m dengan maklumat tambahan seperti suhu, arah, masa selaman, kedalaman selaman dan pelbagai lagi.

Selain itu, jam tangan ini dilengkapi dengan fungsi pemetaan padang golf yang memudahkan anda bermain golf dengan lebih efisien. Fungsi ini turut menyertakan maklumat seperti ‘kedi’ pintar, data topografi, arah pukulan, dan pelbagai ciri tambahan lain untuk pengalaman yang lebih lengkap.

AD 4nXfSGFbPeWt0fBAor8zu5BS8gLmd9AHtIFOhiACII2NcDiU 9kXwZeq8Nl9RLYWDjFK kF9xTfv4ujitafe0sC2BeMXCzEB0S6ayBJ9lao8Hgou 8bCBPH JfLLC6Zv4C0idPNtY?key=wx2 JGCV07KqCfF6srRn Q
AD 4nXdMG jERtL735NAUmHzUVxsmqjwJKrZkxwQT8h CrtXf1lnu6ybiy HSZZf9kAlyVv1IwVM9lWaS7AQc1LbTI64vflGEqLR8ciGhMzlgZSTtQUmyf DyfuIHyPfqC7rwdOuuwEBgg?key=wx2 JGCV07KqCfF6srRn Q
AD 4nXfph9zSxy7wrX7oGW HlcgWpMbSc kxZZmkfB6NY 0On6uK xNM02Gx6 URi9nxkpDP7OvxeM8z5s76Prj3SZLGihePZgwwBWZrllPIDiQIT Fk4D5bq8Njehsxpge 6P e6x5E?key=wx2 JGCV07KqCfF6srRn Q

Pemantauan Kesihatan Berterusan Menerusi Health Insights

Tidak lengkap jam pintar tanpa fungsi pemantauan kesihatan. Justeru siri HUAWEI WATCH FIT 4 ini mempunyai pemantauan degupan jantung, SpO2, pemantauan tidur dan pernafasan sewaktu tidur, dan pelbagai lagi. Terdapat pemantauan kesihatan emosi dengan paparan haiwan comel memberikan petanda emosi anda.

Kesemua ini digabungkan menerusi fungsi ‘Health Insights’ bagi menghasilkan sedikit sebanyak analisa berkaitan kesihatan anda, dan memberikan amaran sekiranya terdapat sebarang corak yang membahayakan kesihatan anda.

Anda juga akan menerima langganan percuma HUAWEI Health+ selama 3 bulan untuk setiap pembelian jam pintar ini, yang mengandungi pelan perancangan yang menambah baik kesihatan anda seperti pengurangan berat badan, kualiti tidur yang lebih baik serta pemakanan yang lebih teratur. Malah terdapat lebih dari 200 kandungan eksklusif yang boleh membantu pengguna kekal cergas dan aktif.

AD 4nXf9B0tCby3TE bzExs2tFDMQTRonu K3ysWO0hvXMOFt8rsuR1f9fF7h u1oJFQQ1og2SdOG cTaRCss9wCV1t CaQlVP7SkhCz9znqrNWF69Ijh7eWxnbHpXcMgilltOYMktBdIw?key=wx2 JGCV07KqCfF6srRn Q

Bagi pembeli HUAWEI WATCH FIT 4 Pro, tambahan kepada semua fungsi diatas adalah fungsi analisa ECG, membolehkan anda mengetahui bacaan ECG dalam masa 30 saat. Bacaan ini juga boleh memberikan laporan berkenaan situasi jantung anda, dan memberitahu sekiranya terdapat sebarang anomali membahayakan. Fungsi ini semestinya sesuai untuk anda yang inginkan pemantuan mendalam terhadap kesihatan jantung anda.

AD 4nXcsrKr AhRnVTht1Opx0YNHfUgBJMizFCSYAjmeSi4qV1rk1LquGSoxUmrvpGJpUsDjkVQkkHWJUIvcGb8Qu2FEhWr0qKCx1ZUFQGxlBQ2S3Eu4rNdKp2A2SmClKea7 ZwDF6VqOw?key=wx2 JGCV07KqCfF6srRn Q

Ketahanan Bateri Sehingga 10 Hari Lengkap Dengan Sokongan Tambatan iOS dan Android

Mungkin apa yang membuatkan anda was-was dengan jam tangan pintar adalah ketahanan baterinya. Masakan tidak, anda ingin menjaga kesihatan dan kecergasan anda, bukannya ketahanan bateri peranti yang mungkin memerlukan perhatian dari segi pengecasan setiap 24 jam. Menyedari hakikat ini siri HUAWEI WATCH FIT 4 mempunyai waktu bersedia yang boleh mencapai sehingga 10 hari, atau 7 hari dengan penggunaan biasa. 

AD 4nXf0jVks PYpLQ3yzo1CRC3JHLtyYnNf7OWo SasxDPLL4 m3Edy8dosic0Fqoq7fTCw r9iqh9jqsXXaNAkMtpGaUIEyeIwEi8Htgobxjb hynDkq RKwmjYULMZNFPsPQnI5xk2w?key=wx2 JGCV07KqCfF6srRn Q

Malah jika anda perlu mengecas jam pintar ini, anda hanya memerlukan 60 minit untuk pengecasan penuh HUAWEI WATCH FIT 4 Pro, dan 75 minit untuk pengecasan penuh pada HUAWEI WATCH FIT 4. Pada tempoh tersebut, anda pastinya tidak akan terlepas dalam menggunakan jam pintar ini untuk memantau gaya hidup baharu anda. 

Anda tidak perlu risau jika jam pintar ini mempunyai sistem operasi yang berlainan dengan telefon pintar anda kerana HUAWEI telah menjamin kesinambungan tambatan yang mudah walaupun berlainan. Jam pintar siri HUAWEI WATCH FIT 4 ini menyokong kedua-dua sistem operasi iOS dan Android, jadi anda juga boleh menggunakan aplikasi yang berkaitan terus dari jam tangan pintar anda. 


Gunakan Pembayaran QR Touch ‘n Go Terus Pada siri HUAWEI WATCH FIT 4

Dengan kebolehan menyokong sistem operasi apa jua, turut membolehkan aplikasi dilancarkan secara terus pada HUAWEI WATCH FIT 4 ini. Pengguna boleh melakukan pembayaran nirtunai secara imbasan kod QR Touch ‘n Go menerusi jam pintar ini, sekaligus memudahkan urusan pembayaran pengguna. Pengguna tidak perlu membawa dompet tunai dengan adanya fungsi sebegini. AD 4nXdVDe7 F2157fNmE 4eMDCiPCyu WL6 ZN6rA7lUCtgtpZDAQ4hvHWFJOH8QdxXPKLu7JiGcyZ6alu1SHFQiy2JOgTd3Gd4D0kez0eAxV0rX 9DmKLSMaYyriEBhSfPCrY2X8m ?key=wx2 JGCV07KqCfF6srRn Q

Anda juga boleh melakukan pelbagai perkara menerusi jam pintar ini dengan adanya fungsi NFC Access Card membolehkan anda menjadikan jam ini sebagai ganti kad akses anda, membalas mesej WhatsApp terus pada jam dengan adanya paparan papan kekunci pada jam ini, dan juga aplikasi Syok bagi anda menstrim siaran radio pada jam ini. 

Satu lagi aplikasi yang akan hadir untuk jam pintar siri HUAWEI WATCH FIT 4 ialah Waktu Solat Malaysia yang akan tersedia pada bulan Jun 2025 kelak. Anda boleh melihat waktu solat dengan mudah, menerima terus notifikasi waktu solat, dan juga melihat arah kiblat terus dari jam pintar siri HUAWEI WATCH FIT 4. Tambatan jam pintar ini dengan aplikasi iOS pula akan hadir pada masa akan datang dan ini sememangnya memudahkan anda untuk beramal seharian.

AD 4nXfB3 O4Mq2Odmb zo3TJ7lvSagLnNN7pbHwHp 62xlXpG2RA7xDGFZJrDtYtZ i3zRbkOItRgAsVCeanEKwLKcwe2NSTk0eYTwFp2PPTRhFVkA4YydytLIn8JYSmBJieOx1 lkI?key=wx2 JGCV07KqCfF6srRn Q

Jadi apa yang anda tunggu. Jelas sekali jam pintar siri HUAWEI WATCH FIT 4 berupaya membantu anda mencapai azam 2025 untuk menjadi lebih aktif dan cergas. Dengan dua pilihan termasuklah variasi HUAWEI WATCH FIT 4 Pro yang lebih banyak kebolehan dengan mod sukan lanjutan dan fungsi ECG, pastinya anda tidak akan terhalang dari menikmati kecanggihan teknologi terbaharu.

AD 4nXc9VM1bdGkF1Ja UkShiI HXpGc1n P7qOPCJVRWSSHXvpFofAsyjqJBJ093L4wKBcUebHDdiUtAuzRaBGfuUjjPs bCpp6n0ktJnNGz6YkKsQ0v4aBEHeY9agibfa6CAo3xIKE8Q?key=wx2 JGCV07KqCfF6srRn Q

Semua ini ditawarkan pada harga bermula RM 559 termasuk hadiah percuma penimbang badan HUAWEI Scale 3 serta langganan percuma HUAWEI Health+ selama tiga bulan. Anda boleh membeli jam ini di pelbagai laman jual beli seperti HUAWEI Store, Shopee, Lazada dan juga Tiktok

Penafian: Advertorial dari HUAWEI Malaysia

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.





Source link