Malaysia Oversight

Mara henti hantar pelajar ke AS

By MkiniBM in June 2, 2025 – Reading time 2 minute
Mara henti hantar pelajar ke AS


Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menghentikan penghantaran pelajar tajaannya ke Amerika Syarikat (AS) mulai tahun ini susulan pengenalan polisi dan dasar baharu Presiden Donald .

Pengerusi Mara Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya telah memulakan perbincangan dengan pelajar di kolej persediaan ke negara ‘Uncle Sam’ itu untuk menyambung pengajian ke tempat lain.

“Jadi, kita akan hantar mereka menyambung pengajian dalam bidang serupa dengan apa yang kita fokuskan di AS termasuk ke United Kingdom, New Zealand dan juga Australia, malah Jepun dan juga .

“Kos ke negara-negara ini juga lebih murah daripada AS,” katanya dalam sidang media di sini pada Ahad.

3c7394c7624fe5e1337c75e58afdd2a7

Beliau berada di United Kingdom bagi mengadakan pertemuan strategik bersama pengurusan tertinggi dan profesor kanan terkemuka di Universiti Cambridge di London.

Pertemuan itu antara lain bertujuan meneroka potensi kerjasama Mara-Cambridge yang mampu melonjakkan lagi kualiti pendidikan dan pembangunan modal insan negara.

Asyraf Wajdi berkata Mara turut berbincang dengan 266 pelajar tajaannya di AS agar mereka dapat menyambung pengajian di negara lain yang menawarkan bidang serupa.

Ini termasuk bidang sains komputer, kejuruteraan serta teknologi tinggi seperti robotik dan kecerdasan buatan.

6481c5a12c43e440029244beb6dfbbd7

“Apabila membuat pelbagai polisi baharu sekarang ini, kita sudah tentu meneliti secara serius dan kita memfokuskan juga pelajar-pelajar yang sedang berada di AS, sejauh mana ia akan menjejaskan pelajaran mereka di sana termasuk peningkatan kos sara hidup,” katanya.

Sebelum ini, pentadbiran mengeluarkan arahan untuk menghentikan pemprosesan visa semua pelajar asing dan mempertimbangkan langkah untuk menyaring pemohon baharu berdasarkan hantaran media sosial mereka.

– Bernama



Source link