Malaysia Oversight

Kad Grafik Fuxi A0 Dari China Ialah Sebuah GPU Yang Dihasilkan Dengan Proses 5nm – Hadir Dengan Sokongan Ray-Tracing, Super Resolution

By Amanz in December 1, 2025 – Reading time 2 minute
Kad Grafik Fuxi A0 Dari China Ialah Sebuah GPU Yang Dihasilkan Dengan Proses 5nm – Hadir Dengan Sokongan Ray-Tracing, Super Resolution


Kad Grafik Fuxi A0 Dari Ialah Sebuah GPU Yang Dihasilkan Dengan Proses 5nm – Hadir Dengan Sokongan Ray-Tracing, Super Resolution

December 1, 2025
Perkakasan

Nazrin

Syarikat-syarikat kini dilihat sedang pesat membangunkan teknologi perkomputeran mereka sendiri, dan baru-baru ini, Xiang Dixian, salah satu syarikat teknologi tersebut telah memperkenalkan penawaran kad grafik terbaru mereka yang dinamakan Fuxi A0.

Fuxi A0 dibangunkan menggunakan IP cip pemprosesan grafik yang dinamakan Imagination DXD yang dihasilkan menggunakan proses 5nm yang merupakan teknologi grafik terbaru syarikat Imagination Technologies.

image 1

Butiran spesifikasi penuh kad grafik ini tidak diketahui buat masa ini, tetapi apa yang telah diperlihatkan bahawa kad grafik ini hadir menggunakan 12GB memori VRAM, tetapi jenis memori yang digunakan *GDDR6, GDDR7, HBM) tidak diketahui.

Xiang Dixian, yang telah menunjukkan kad grafik ini di acara ICCAD Expo di Chengdu, mengatakan bahawa kad grafik ini hadir dengan sokongan untuk teknologi grafik Ray-Tracing dan Super Resolution yang boleh menandingi penawaran pesaing seperti AMD, Intel dan NVIDIA.

image 2

Imagination Technologies juga dilaporkan telah menunjukkan demo permainan Black Myth: Wukong di acara tersebut yang memperlihatkan kadar bingkai semula 35FPS, tetapi sekali lagi pada resolusi dan tetapan grafik yang tidak diketahui.

Xiang Dixian ialah sebuah nama yang bukan asing lagi untuk para peminat pembina PC dan gamer di China. Pembangunan teknologi grafik yang pesat ini juga sedikit sebanyak memperlihatkan betapa seriusnya syarikat-syarikat di negara tersebut dalam membina penawaran cip semikonduktor mereka sendiri, bukan sahaja untuk sektor industri, tetapi untuk pasaran pengguna juga.

WCCF Tech

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link