Google Tamatkan Penawaran Kad Tambah-Nilai Dan Baki Prabayar Pada Google Play Malaysia Berkuat-kuasa 15 Jun 2025
June 1, 2025
•
Aman
Google kini memaklumkan para pengguna Malaysia, dimana mereka akan menghentikan penawaran kad ganjaran Google Play dan juga baki prabayar Google Play untuk pengguna Malaysia, berkuat-kuasa 15 Jun 2025. Pengguna sedia ada yang mempunyai kad ganjaran dan baki prabayar, perlu habis menggunakan baki mereka sebelum 31 Januari 2026 kelak. Selepas 31 Januari 2026, baki berkenaan akan luput dan tidak boleh digunakan.

Google tidak memaklumkan mengapakah ciri ini akan ditamatkan. Berkemungkinan kerana terdapat pelbagai kaedah pembayaran yang lain tersedia melalui Google Play pada hari ini.
Bagi pengguna Google Play, anda boleh terus menggunakan kaedah pembayaran alternatif selepas ini, termasuk menggunakan kad kredit, kad debit, dan juga dompet digital untuk perbelanjaan di Google Play Store.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.