Malaysia Oversight

Tentera Israel Diharamkan Menggunakan Telefon Pintar Android

By Amanz in December 1, 2025 – Reading time 1 minute
Microsoft Pecat Dua Lagi Kakitangan Terlibat Protes Azure Digunakan Mengintip Warga Palestin Oleh Israel


Tentera Israel Diharamkan Menggunakan Telefon Pintar Android

December 1, 2025
Google

Effi Saharudin

Atas faktor keselamatan, Angkatan Tentera Israel (IDF) kini mengharamkan penggunaan telefon pintar Android oleh pegawai tentera berpangkat leftenan kolonel dan ke atas. Mereka diwajibkan menggunakan sahaja selepas ini menurut laporan The Jurusalem Post.

Intipan Telefon Palestin

Penggunaan Android diharamkan bagi mengelakkan peranti milik pegawai diakses oleh musuh sehingga mendedahkan maklumat penting seperti lokasi anggota tentera. Israel berkata terdapat usaha daripada Iran menggunakan taktik kejuruteraan sosial untuk mengakses peranti milik anggota.

Arahan baharu yang diberikan ialah usaha memperkukuhkan keselamatan sedia ada termasuk meningkatkan kesedaran pegawai tentang taktik kejuruteraan sosial. Pengharaman ini hanya tertakluk pada peranti yang digunakan pegawai untuk melalukan tugas. Mereka masih dibenarkan menggunakan peranti peribadi yang menggunakan Android.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link