Tencent Membuka Pejabat Baharu Di Kuala Lumpur
Effi Saharudin
Tencent membuka pejabat terbaru mereka di Kuala Lumpur hari ini. Ia menggantikan pejabat yang sebelum ini terletak di Mid Valley ke Menara 1 Sentrum di Brickfields. Dalam sebuah majlis khas yang berlangsung pagi ini, pejabat Tencent Malaysia dibuka secara rasmi oleh Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

Pejabat mengambil dua tingkat di Menara 1 Sentrum dengan ia boleh menempatkan sehingga 500 kakitangan. Ini adalah peningkatan mendadak daripada pejabat di Mid Valley yang menempatkan sehingga 60 kakitangan sahaja semasa dibuka pada tahun 2017.
Menurut Tencent, sekitar 90% kakitangan mereka di Malaysia adalah tenaga kerja tempatan dengan latar kepakaran dalam bidang melakukan analisa data, kecerdasan buatan (AI), awanan, operasi dan pengalaman pelanggan.
Dengan pembukaan pejabat baharu mereka ini, Tencent akan menggandakan lagi kerjasama dengan syarikat tempatan serta mempunyai perancangan menjadikan Malaysia hab rantau dalam penerbitan kandungan permainan video
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






