Malaysia Oversight

Sooka Umum Sooka Shorts – Penawaran Penstriman Drama Mikro Bermula Disember 2025

By Amanz in December 1, 2025 – Reading time 1 minute
Sooka Umum Sooka Shorts – Penawaran Penstriman Drama Mikro Bermula Disember 2025


Sooka Umum Sooka Shorts – Penawaran Penstriman Drama Mikro Bermula Disember 2025

December 1, 2025
Penstriman

Aman

Sooka kini mengumumkan sebuah ciri baharu pada platform penstriman mereka, dinamakan Sooka Shorts. Ciri ini akan ditawarkan bermula 12 Disember 2025 ini pada aplikasi penstriman milik Astro berkenaan.

Sooka Shorts

Sooka Shorts akan memfokuskan kepada penawaran drama mikro, membolehkan penonton mengikuti kisah penceritaan ringkas dengan pantas melalui platform penstriman berkenaan. Pada hari ini, ramai mengikuti drama mikro melalui platform seperti TikTok dan Instagram, disamping turut terdapat beberapa aplikasi yang mengkhususkan kandungan tersebut.

Sooka akan menawarkan beberapa kandungn awal dibawah Sooka Shorts ini, disamping turut akan menambah kandungan drama mikro Korea, dan ebberapa studio produksi serantau lain. Kandungan terpilih akan ditawarkan secara percuma, sementara akses penuh untuk pelanggan pelan Entertainment dan ke atas.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link