Malaysia Oversight

Pengguna Dilaporkan Kini Menggunakan Google Gemini Untuk Tempoh Lebih Lama Berbanding ChatGPT

By Amanz in December 1, 2025 – Reading time 2 minute
Pengguna Dilaporkan Kini Menggunakan Google Gemini Untuk Tempoh Lebih Lama Berbanding ChatGPT


Pengguna Dilaporkan Kini Menggunakan Google Gemini Untuk Tempoh Lebih Lama Berbanding ChatGPT

December 1, 2025
Google
Kecerdasan Buatan

Aman

Ketika OpenAI memperkenalkan ChatGPT sekitar tiga tahun lepas, ramai yang mengatakan ia akan menjadi pesaing Google, dan membuat pelbagai spekulasi berkenaan dengan masa depan Google. Namun, untuk tahun 2025 ini, Google memperlihatkan kekuatan mereka, dan terus menerajui arena kecerdasan buatan melalui Gemini.

Gemini ChatGPT

Untuk makluman, Google antara syarikat terawal yang memfokuskan kepada pembangunan pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan. Selepas sedikit ketinggalan dalam arena kecerdasan buatan, dalam bentuk chatbot kepada pengguna, untuk tahun 2025 ini, Google hadir dengan satu demi satu produk menarik untuk pengguna.

Ia termasuk sokongan penyuntingan imej melalui Nano Banana, dan juga Gemini 3 yang diperkenalkan baru-baru ini. Ciri ini adalah tambahan kepada sejumlah ciri lain, termasuk sokongan NotebookLM dan juga sokongan sempocara melalui Google Antigravity. Google juga turut menggunakan cip tersendiri dalam tujuan pembangunan dan penawaran, sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada cip pihak lain.

Pelbagai penawaran ini kini dilihat membuahkan hasil. Gemini kini digunakan lebih 650 juta pengguna aktif bulanan, disamping mengikut laporan terbaru, ia turut memperlihatkan pengguna kini lebih banyak meluangkan masa pada Gemini jikalau dibandingkan dengan ChatGPT.

Perkara ini semestinya memberikan tekanan kepada pihak OpenAI – yang bergantung kepada duit pelabur dalam terus membangunkan model dan infrastruktur mereka.

Dengan perkembangan ini, semestinya ia sesuatu yang menarik untuk dilihat apakah langkah Google dan OpenAI seterusnya, dalam arena ini, termasuk bagaimanakah Google akan mengambil-alih takhta peneraju kecerdasan buatan janaan dari segi angka pengguna yang kini dipegang oleh OpenAI.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link