Malaysia Oversight

‘Tak wajar terima ahli dari parti dalam kerajaan perpaduan sewenangnya’

By MkiniBM in May 31, 2025 – Reading time 1 minute
‘Tak wajar terima ahli dari parti dalam kerajaan perpaduan sewenangnya’


masih belum menerima secara rasmi surat peletakan jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi Tengku Zafrul Abdul Aziz, kata setiausaha agungnya Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf Wajdi dalam kenyataan malam tadi berkata memandang serius niat peletakan jawatan ketua Bahagian Kota Raja itu kerana ingin menyertai .

“Adalah amat tidak wajar untuk mana-mana parti dalam Perpaduan menerima keahlian daripada ahli parti-parti lain sewenang-wenangnya.

“Ini bagi mengelakkan berlakunya ketidakharmonian dalam kalangan parti-parti dalam gabungan Perpaduan sehingga tercetus pula prejudis dan prasangka berterusan mengenai tahap kesetiakawanan, keikhlasan dan kejujuran sesama sendiri dalam kalangan ahli akar umbi,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Fuziah Salleh memberitahu Bernama yang dia akan mengulas mengenai perkara itu hari ini.

Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri semalam mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Kota Raja dan ahli Umno.

Menurut Tengku Zafrul, dia juga telah menyatakan niat untuk menyertai kepada Fuziah presiden Ibrahim.

-Bernama



Source link