MyDigital ID : Semua Syarikat Telekomunikasi Akan Integrasi Pengesahan MyDigital ID Bermula Esok
Aman
MyDigital ID hari ini mengumumkan semua syarikat telekomunikasi akan mula mengintegrasi teknologi pengesahan identiti MyDigital ID pada aplikasi mudah-alih masing-masing bermula esok. Ini sekaligus dijangka akan lebih melindungi pengguna dan mengelak sebarang penyamaran identiti dan penipuan.
Langkah ini juga akan membuatkan semua kad SIM prabayar baru yang dibeli akan perlu disahkan menggunakan MyDigtal ID, pada aplikasi syarikat telekomunikasi masing-masing. Penggunaan ini akan mengelak penyalahgunaan identiti milik lain dalam pendaftaran kad SIM prabayar.

Sebelum ini, terdapat beberapa syarikat telekomunikasi didenda kerana penyalahgunaan identiti ketika pendaftaran kad SIM prabayar. Integrasi MyDigital ID dijangka akan mula mengatasi masalah ini. Tidak setakat itu, pengguna juga dijangka boleh menyemak semua nombor prabayar yang berdaftar di bawah nombor MyKad mereka, dan mengesahkan nombor berkenaan milik mereka atau sebaliknya.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan pengumuman lanjutan daripada pihak syarikat telekomunikasi bermula esok.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






