Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat Lekukan Tropika yang boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ia dikesan pada jam 11 pagi tadi di kedudukan latitud 6.7 utara dan longitud 109.4 timur, kira-kira 518 kilometer ke barat laut Mukah, Sarawak.
Lekukan tropika itu bergerak ke arah timur laut dengan kelajuan 19 kilometer sejam (km/j) serta kelajuan angin maksimum 46 km/j.
– Bernama






