Google Photos Kini Berusia 10 Tahun – Menyimpan Lebih 9 Trilion Gambar dan Video
May 29, 2025
•
Effi Saharudin
Google Photos menyambut ulang tahun ke-10 hari ini dan sempena menyambut pencapaian ini, beberapa ciri baharu diperkenalkan pada aplikasi seperti suntingan AI, antaramuka baharu dan sokongan Google Gemini. Fakta menarik yang disokong oleh Google ialah Photos kini menyimpan lebih 9 trilion gambar dan video serta mempunyai 1.5 bilion pengguna aktif bulanan sejak dilancarkan.

Photos kini mempunyai ciri suntingan gambar baharu dengan Reimagine dan Auto frame yang sebelum ini eksklusif pada peranti Pixel 9 dikembangkan ke lebih banyak peranti. Album dalam Photos kini turut boleh dikongsi menggunakan kod QR. Dalam tab Collections pula, gambar akan dikumpulkan mengikut lokasi dengan peta interaktif.
Fungsi carian turut dikemas kini dengan ia boleh dilakukan menggunakan bahasa biasa. Menerusi sokongan Gemini, soalan seperti meminta Photos menyenaraikan lokasi yang dilawati dapat dilakukan tanpa ia dilakukan secara manual.

Selain itu ciri Memories, perkongsian gambar baharu dengan sanak saudara secara automatik dan memperibadikan grid gambar turut diberikan. Ciri-ciri yang diumumkan ini akan diterima peranti Android bermula bulan depan dan ke iPhone menjelang penghujung 2025.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.