Huawei Mate X7 Akan Dilancarkan Ke Pasaran Global Pada 11 Disember 2025
Amy Maizuraa
Huawei Mate X7 telah dilancarkan pada selasa lalu sebagai telefon boleh lipat terkini syarikat itu. Kini, Huawei mengesahkan bahawa pelancaran global Mate X7 akan berlangsung di Dubai pada 11 Disember 2025. Menariknya, jadual ini hampir sama dengan tahun sebelumnya apabila Huawei turut memilih Dubai sebagai lokasi pelancaran global untuk telefon baharu mereka.

Huawei belum menyenaraikan negara yang akan menerima Mate X7 namun setakat ini hanya laman rasmi Huawei UAE dan Arab Saudi yang mempromosikan pelancaran tersebut. Ini menunjukkan kedua-dua pasaran itu berkemungkinan menjadi antara yang pertama menerima Mate X7 secara global.
Dari segi spesifikasi, peranti hadir dengan cip Kirin 9030 Pro, bateri 5525mAh, skrin lipat bersaiz 8 inci serta sistem tri-kamera yang terdiri daripada kamera utama 50MP, telefoto periskop 50MP dan ultra lebar 40MP.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.





