Malaysia Oversight

Sony Perkenalkan LYTIA 901 Dengan Sensor 200MP

By Amanz in November 28, 2025 – Reading time 1 minute
Sony Perkenalkan LYTIA 901 Dengan Sensor 200MP


Sony telah melancarkan sensor kamera telefon pintar baharu beresolusi 200MP yang dinamakan LYTIA 901. Sensor ini dibangunkan khusus untuk telefon pintar kelas mercu dan dijangka digunakan pada model Oppo Find X9 Ultra serta vivo X300 Ultra.

LYT 901 002 edited

Dengan saiz 1/1.12 inci serta piksel 0.7μm, ia menyokong teknologi Quad Quad Bayer Coding (QQBC) bersama pemprosesan khas berasaskan AI sekali gus meningkatkan kecekapan pemprosesan imej. Sensor ini turut dilengkapi sistem AI untuk mengurangkan gangguan data, selain menawarkan sistem 12-bit ADC yang mampu menghasilkan imej lebih jelas dengan tahap hingar yang rendah.

LYT 901 01

Untuk HDR, sensor ini menggabungkan teknologi Dual Conversion Gain HDR dengan Hybrid Frame-HDR untuk memberikan julat imej melebihi 100dB serta mengurangkan kesan bayangan kabur. Selain itu, keupayaan zum menjadi tumpuan utama dengan sokongan zum optik 2x dan zum digital berasaskan sensor sehingga 4x bagi hasil gambar dan video seolah-olah menawarkan pengalaman telefoto tanpa memerlukan lensa tambahan.

LYT-901 turut menyokong rakaman video 4K/30FPS dan sehingga 120FPS dengan sokongan konfigurasi binning. Selain itu, ia menawarkan mod piksel 50MP dan 12.5MP yang bantu menghasilkan rakaman malam lebih terang serta imej jarak jauh lebih jelas.



Source link