Malaysia Oversight

Robot Humanoid China Memegang Rekod Dunia Berjalan Paling Jauh

By Amanz in November 28, 2025 – Reading time 1 minute
Robot Humanoid China Memegang Rekod Dunia Berjalan Paling Jauh


Robot Humanoid Memegang Rekod Dunia Berjalan Paling Jauh

November 28, 2025
Robot

Effi Saharudin

Sukan Robot Humanoid berlangsung di tahun ini sekaligus mengukuhkan status negara tersebut sebagai kuasa besar robotik dunia. Kini robot humanoid AgiBot A2 buatan syarikat tempatan memegang Rekod Dunia Guinness sebagai robot humaoid yang berjalan paling jauh dengan jarak 106.286 km. Rekod ini dicatatkan antara 10-13 November lalu dari Tasik Jinji, wilayah Jiangsu ke Shanghai Bund.

Robot AgiBot A2

Robot ini berjalan berterusan dengan baterinya ditukar semasa ia masih lagi beroperasi. Sepanjang perjalanan memecahkan rekod dunia ini, AgiBot A2 bergerak dengan sendiri. AgiBot berkata ini dilakukan kerana A2 dilengkapi sistem GPUS, LiDAR dan kamera yang membolehkan ia berjaya sendiri dengan selamat.

Pembangunan robot humaoid semakin meningkat kerana pengeluar melihat ia mempunyai aplikasi menjadi pembantu di rumah atau menggantikan pekerja manusia di kilang. Keberkesanannya di dunia sebenar masih belum diketahui kerana ujian masih lagi dilakukan.

Menurut laporan International Federation of Robotics (IFR) September lalu, terdapat 4,664,000 robot industri di dunia. Daripada jumlah ini sekitar 2 juta atau sekitar 43% beroperasi di .

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link