Sokongan kemas kini versi baharu Windows 10 telah ditamatkan oleh Microsoft bulan lalu. Pemilik yang belum berhijrah ke Windows 11 diberikan lanjutan sokongan tambahan hanya selama setahun jika PC menggunakan akaun Windows. Minggu ini Dell menerbitkan laporan kewangan dan COO mereka Jeffrey Clarke mengatakan masih terdapat 1 bilion PC yang masih menggunakan Windows 10.

Daripada jumlah ini 500 juta adalah PC yang boleh dikemaskini ke Windows 11 tetapi pemilik enggan melakukannya dan baki 500 juta PC lagi ialah PC yang tidak melepasi spesifikasi minima untuk menjalankan sistem operasi terkini Microsoft.
Dell melihat ini adalah peluang kepada syarikat untuk memasarkan Ai PC terkini mereka tetapi memberikan amaran pasaran PC dijangka akan rata tahun hadapan. Sejak kebelakangan ini faktor kos semakin hangat dibualkan. Harga storan SSD dan RAM naik meningkat kerana permintaan untuk cip memori melonjak disebabkan ia diperlukan untuk pusat data AI.





