Malaysia Oversight

Johor Mengharamkan Pembinaan Pusat Data Yang Menggunakan Air Yang Tinggi

By Amanz in November 28, 2025 – Reading time 1 minute
Lebih Dua Pertiga Kapasiti Pusat Data Asia Tenggara Akan Dibina Di Malaysia


Johor Mengharamkan Pembinaan Pusat Data Yang Menggunakan Air Yang Tinggi

November 28, 2025
Perkakasan

Effi Saharudin

Johor kini tidak lagi akan meluluskan permohonan pembinaan pusat data Tahap 1 dan Tahap 2 yang menggunakan sehingga 50 juta liter air sehari (MLD) menurut laporan New Straits Times. Ini adalah penggunaan air yang tinggi bersamaan keperluan 25 juta individu sehari. Selepas ini hanya pusat data Tahap 3 dan Tahap 4 yang menggunakan sehingga 0.2 MLD sahaja akan diluluskan.

Pusat Data Center

Proses meluluskan pusat data akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Pusat Data Johor dengan ia akan mengambil kira enam kriteria utama. Kriteria tersebut adalah penggunaan air serta tenaga, impak ke atas alam sekitar, kecekapan menggunakan air serta tenaga, ketersediaan infrastruktur gentian optik, sumber air alternatif dan sistem penyejukan yang mengurangkan pergantungan kepada air.

Di samping itu penggunaan teknologi mampan seperti pengurangan penghasilan karbon dan mematuhi piawaian indeks bangunan hijau turut akan diambil kira oleh jawatankuasa ini. Setakat ini Johor telahpun meluluskan 51 projek pusat data bernilai RM182.96 bilion.

Pengharaman pembinaan pusat data Tahap 1 dan Tahap 2 ini dilakukan selepas minggu lalu Johor memohon pelabur menangguhkan pembinaan pusat data selama 18 bulan berikutan faktor kekurangan air di Johor. Walaupun tahun lalu Johor menggunakan 6.1 (MLD) untuk pusat data, ia diramalkan meningkat ke 384 MLD menjelang 2030.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link