Pihak Imigresen Menawarkan Penggantian Pasport Percuma Untuk Mereka Yang Terkesan Dengan Banjir
Nazrin
Ramai rakyat Malaysia kini dilihat sedang bergelut dengan isu banjir yang sedang berlaku sekarang, dan dijangka akan berterusan untuk beberapa ketika lagi. Jika rumah dinaiki air, ada kebarangkalian bahawa dokumen-dokumen kerajaan seperti kad pengenalan dan pasport hilang ataupun rosak.

Terkini, pihak Imigresen telah mengumumkan bahawa mereka akan menawarkan penggantian pasport percuma untuk pasport yang rosak ataupun hilang kerana insiden banjir yang sedang berlaku. Jika pasport rosak, mereka hanya perlu membawa pasport yang rosak tersebut ke pejabat imigresen atau UTC yang terdekat untuk menggantikannya serta-merta.
Untuk pasport yang hilang pula, mereka perlu mendapatkan laporan dari pihak polis. Tidak kira mengapa anda perlu menggantikan pasport anda, anda juga perlu mendapatkan laporan pengesahan banjir daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat ataupun kerajaan tempatan sebelum menggantikannya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.





