Malaysia Oversight

Sepasang Kasut Nike Diubahsuai Untuk Dijadikan Sebuah Konsol Permainan SNES

By Amanz in November 27, 2025 – Reading time 1 minute
Sepasang Kasut Nike Diubahsuai Untuk Dijadikan Sebuah Konsol Permainan SNES


Jika anda seorang peminat kasut sneakers dan permainan video retro, projek ubahsuai oleh Gustavo Bonzanini ini mungkin akan menjadi sebuah projek kegemaran anda.

Bersempena ulang tahun ke-35 konsol permainan Super Nintendo Entertainment System ataupun SNES, beliau telah membangunkan satu konsep menarik yang menggabungkan kasut sneakers Nike Air Max 90 dengan konsol permainan tersebut.

Apa yang dilakukannya ialah untuk mengecat kasut Nike Air Max 90 tersebut dalam warna kelabu dan ungu yang terkenal sebagai corak warna konsol SNES. Komponen dalaman konsol ini dibina menggunakan komputer kerdil Raspberry Pi Zero W dan menggerakkan perisian emulasi RetroPie.

image 87

Komputer kerdil ini dimuatkan di bahagian lidah kasut tersebut, dan hadir dengan palam HDMI dan sambungan RCA untuk disambungkan ke televisyen moden ataupun CRT yang klasik. Ia juga dimuatkan dengan bateri kecil yang membolehkan konsol ini digerakkan selama 30 minit.

Air SNES ini boleh dilihat sebagai sebuah kacukan konsol dan kasut yang boleh dipakai dan dimainkan pada masa yang sama, dan hadir dengan sokongan untuk sambungan alat kawalan permainan secara kabel ataupun sambungan nirwayar Bluetooth.

Sayangnya, ini hanyalah sebuah projek oleh seorang peminat konsol SNES, jadi ia bukan untuk dijual.



Source link