Malaysia Oversight

Honor Lancar AI + Youth Empowerment Society (AYES) Untuk Memperkasa Belia Dalam AI

By Amanz in November 27, 2025 – Reading time 2 minute
Honor Lancar AI + Youth Empowerment Society (AYES) Untuk Memperkasa Belia Dalam AI


Honor Lancar AI + Youth Empowerment Society (AYES) Untuk Memperkasa Belia Dalam AI

November 27, 2025
Honor

Amy Maizuraa

Honor hari ini melancarkan inisiatif terbaharu AI+ Youth Empowerment Society (AYES). Inisiatif ini dilaksanakan melalui kerjasama dengan pelbagai rakan strategik, termasuk National AI Office (Malaysia), Universiti Sains Malaysia (USM), Central Academy of Fine Arts (), Nanyang Academy of Fine Arts (Singapura) serta GSMA (APAC).

AI Youth Empowerment Society AYES 16
AI Youth Empowerment Society AYES 14

Pelancaran ini diadakan bersempena Honor AI + Design Summit (APAC Edition) 2025 yang berlangsung di REXKL, Kuala Lumpur. Pada masa yang sama, acara ini menghimpunkan pemimpin industri, cendekiawan serta penggiat inovasi untuk meneroka integrasi antara kecerdasan buatan (AI) dengan reka bentuk, sekali gus memperkukuh usaha membentuk masa depan teknologi peranti pintar.

AI Youth Empowerment Society AYES 03
AI Youth Empowerment Society AYES 06
AI Youth Empowerment Society AYES 07

Inisiatif AYES bertujuan membentuk masa depan yang lebih pintar serta lestari dengan mengembangkan potensi generasi muda dalam bidang AI dan reka bentuk. Melalui kerjasama dengan institusi terkemuka di rantau Asia Pasifik, Honor berhasrat menyediakan sebuah platform pembangunan bakat muda agar mereka dapat menyumbang secara aktif kepada inovasi teknologi dan seni reka di peringkat global.

AI Youth Empowerment Society AYES 04 edited scaled

Dalam acara tersebut, Honor turut menyampaikan anugerah AYES Outstanding Contribution Award kepada pereka terkenal Malaysia, Joseph Foo, sebagai pengiktirafan atas sumbangan cemerlang beliau dalam membantu belia serta pendidikan kreatif di rantau ini.

AI Youth Empowerment Society AYES 15 edited scaled

Selain berperanan sebagai juri bagi Honor Talents Global Design Awards selama dua tahun berturut-turut, Foo turut membimbing lebih daripada 10,000 pencipta muda melalui pelbagai inisiatif termasuk bengkel, Honor Global Design Summit, dan Alpha Technology & Art Tour.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link