
YouTube Menguji Suapan Tersuai Untuk Pengguna – Membolehkan Pengguna Mengawal Paparan Kandungan Dicadangkan
Aman
Selain menguji sokongan permesejan pada aplikasi YouTube, kini pihak YouTube turut menambah satu lagi eksperimen baharu pada perkhidmatan mereka, iaitu sokongan suapan tersuai.
Untuk makluman, pada awalnya YouTube sekadar memaparkan kandungan daripada saluran yang kita ikuti untuk ditonton dan dicadangkan berdasarkan kepadanya. Namun, dengan implementasi algoritma, pelbagai kandungan rawak dipaparkan sebagai kandungan yang dicadangkan kepada pengguna – membuatkan ada yang tidak begitu mengemarinya.
YouTube dilihat ingin mengatasi masalah ini dengan ciri suapan tersuai ini. Pengguna boleh memberikan prom ringkas kepada YouTube berdasarkan kandungan yang mereka ingin lihat dan tonton, dan ia akan mencadangkan berdasarkan kepadanya.
Ciri ini diuji oleh YouTube melibatkan sejumlah kecil pengguna. Ia tidak diketahui lagi sama ada ciri ini akan diperkenalkan secara meluas atau sebaliknya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






