Malaysia Oversight

Hermes Menjual Fon Kepala Mewah Berharga Hampir RM 64,000

By Amanz in May 27, 2025 – Reading time 1 minute
Hermes Menjual Fon Kepala Mewah Berharga Hampir RM 64,000


Audio

Hermes Menjual Fon Kepala Mewah Berharga Hampir RM 64,000

May 27, 2025

Effi Saharudin

Hermes memasuki pasaran fon kepala pula tahun ini dan serasi dengan jenama mereka, fon kepala ini menyasarkan golongan T1 yang tidak mempunyai masalah membelanjakan wang besar untuk produk eksklusif. Fon kepala Hermes ini direka oleh Ateliers Horizons yang menghasilkan produk-produk yang perlu ditempah dalam jumlah yang kecil.

Hermes Ateliers Horizons B

Fon kepala mengambil inspirasi daripada beg Kelly yang dihasilkan oleh Hermes. Ia mempunyai bahagian cawan telinga yang diperbuat daripada kulit anak lembu yang lembut dengan span kepala juga diperbuat daripada bahan yang sama. Hermes tidak berkongsi spesifikasi saiz pemandu audio yang digunakan, dan hayat bateri.

Hermes Ateliers Horizons C

Berdasarkan imej yang dikongsi fon kepala ini menyokong sistem ANC, sambungan bluetooth dan berwayar menerusi kabel 3.5mm, dicas menggunakan kabel USB-C dan mempunyai dongel USB-A mungkin untuk sambungan 2.4GHz. Maklumat yang dikongsi ialah sepasang fon kepal Hermes Ateliers Horizons ini akan dijual pada harga $15,000 (~RM 63,580) sepasang dengan ia ditawarkan juga dalam warna kulit asli, coklat, biru Prusia, merah Hermes dan hitam.

natural leather, black, chocolate, rouge H, and Prussian blue

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link