Malaysia Oversight

ASEAN kekal berkecuali

By Utusan in May 27, 2025 – Reading time 2 minute
ASEAN kekal berkecuali


KUALA LUMPUR: ASEAN kekal berkecuali dalam pertembungan antara kuasa besar dunia walaupun membawa ke pentas Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ibrahim berkata, dakwaan mengatakan bahawa ASEAN kini lebih menyebelahi berbanding Amerika Syarikat kerana turut menjemput negara itu ke siding kemuncak kali ini hanyalah persepsi semata-mata.

Sebaliknya, katanya, selaku Pengerusi ASEAN, beliau dengan jelas menyatakan pemimpin ASEAN selepas dicadangkan oleh Menteri Luar Negeri hasil Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di Langkawi untuk terus bekerjasama dengan AS dan termasuk negara lain.

“Susulan cadangan itu, saya menulis surat kepada Presiden AS, Donald untuk mengatakan bahawa kami (ASEAN) bersetuju untuk meneruskan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS.

“Kemudian, kami ada Sidang Kemuncak ASEAN-GCC (Majlis Kerjasama Teluk)-China, tetapi saya tidak rasa begitu (menyebelahi China).

“(Namun) jika esok saya terima surat daripada Presiden (mengatakan) ‘iya kita akan mengadakan sidang kemuncak dalam beberapa bulan’, masalah ini (persepsi) mungkin tidak timbul,” katanya pada sidang akhbar sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 di sini, hari ini.

Tegas Perdana Menteri, pendirian ASEAN kekal berpusat dan fokusnya adalah kesejahteraan rakyat, ekonomi, hubungan diplomatik, perdagangan dan pelaburan.

“Jadi jika i bererti bekerjasama dengan China, iya kami akan lakukannya, dan jika ia bermakna kami harus bekerjasama dengan AS, sudah tentu kerana Malaysia khususnya kini menjadi hab semikonduktor.

“Sebanyak 60 peratus daripadanya dieksport ke AS, maka wajarlah untuk kami terus bekerjasama dan berhubungan baik dengan semua pihak,” katanya.-UTUSAN.





Source link