Malaysia Oversight

ZUS Wrapped 2025 Kini Boleh Diakses Oleh Pengguna

By Amanz in November 26, 2025 – Reading time 1 minute
ZUS Wrapped 2025 Kini Boleh Diakses Oleh Pengguna


ZUS Wrapped 2025 Kini Boleh Diakses Oleh Pengguna

November 26, 2025
Lain-lain

Amy Maizuraa

ZUS Coffee kembali dengan edisi tahunan ZUS Wrapped 2025. Pada tahun ini, edisi tersebut hadir dengan pendekatan yang lebih kreatif serta dihiasi animasi menarik yang menjadikannya berbeza daripada sebelumnya.

ZUSS 5 9

Pada edisi kali ini pelanggan berpeluang menghidupkan karakter unik yang dibentuk berdasarkan pilihan minuman mereka sepanjang tahun. Bermula daripada cawan pertama hingga jumlah keseluruhan yang dinikmati setiap detik, kemudian dirangkum menjadi karakter istimewa yang seterusnya boleh dikongsi bersama rakan-rakan melalui aplikasi media sosial.

ZUSS 8

Selain itu mereka juga akan menerima baucar istimewa sebagai tanda penghargaan daripada ZUS Coffee. Baucar tersebut boleh diperoleh melalui dompet baucar dalam aplikasi ZUS setelah pengguna mengemas kini aplikasi, mengakses ciri Wrapped dan berkongsi karakter #ZUSWrapped2025 mereka.

Perlu dinyatakan bahawa ZUS Wrapped 2025 bagaimanapun hanya ditawarkan kepada pengguna yang telah melakukan sekurang-kurangnya satu pembelian antara 1 Januari hingga 14 November 2025.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link