Malaysia Oversight

Kes mahkamah Fadhli, pemimpin AMK dipindah ke Shah Alam

By MkiniBM in November 26, 2025 – Reading time 2 minute
Kes mahkamah Fadhli, pemimpin AMK dipindah ke Shah Alam


Naib Ketua Pemuda (AMK), Nabil Halimi, hari ini memberitahu kes mahkamah membabitkan saman fitnah yang difailkan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, .

Asalnya kes berkenaan disebut dan dijangka dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu.

Menurut Nabil, dia menerima writ saman dan pernyataan tuntutan daripada pemimpin terbabit pada 11 Sept lalu yang difailkan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu.

Dia kemudian memfailkan pembelaan serta membuat permohonan agar prosiding kes berkenaan dipindahkan ke Selangor.

“Alhamdulillah, hari ini, satu kemenangan kecil bagi saya kerana hakim mahkamah sesyen membenarkan permohonan pemindahan kes saya.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pasukan peguam saya yang diketuai oleh Khairul Naim Rafidi yang begitu banyak membantu,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Ogos lalu, Nabil mengesahkan menerima notis tuntutan (LOD) daripada Ahmad Fadhli berhubung isu karikatur monyet yang mencetuskan kontroversi sebelum ini.

Ini selepas Ahmad Fadhli yang juga Ketua Penerangan memaklumkan dia akan memulakan prosiding saman terhadap dua pemimpin berhubung isu tular karikatur monyet yang dikaitkan dengannya.

Ahmad Fadhli berkata, isu berkenaan dilihat sudah semakin reda namun bahan-bahan bukti berkaitan kes tersebut telah banyak dikumpulkan.

Dalam kenyataannya, Nabil mendakwa, saman yang dihadapinya merupakan satu bentuk tekanan politik.

Nabil juga menegaskan tindakan yang diambilnya penting bagi melindungi serta presiden parti itu daripada serangan politik.

“Saya sentiasa percaya bahawa kes saman kononnya saya memfitnah ini adalah satu bentuk politik ugutan yang dibawa oleh dan ia hanyalah retorik semata-mata malah bercanggah dengan prinsip .

“Saya mohon doa daripada rakan-rakan parti agar dipermudahkan urusan kes saya ini demi mempertahankan kebebasan bersuara serta melindungi PKR lebih-lebih lagi Datuk Seri Ibrahim daripada diserang secara melulu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad Fadhli didakwa menghina peranan rasmi Malaysia dalam usaha diplomatik meredakan ketegangan sempadan di antara Thailand dan Kemboja menerusi satu karikatur yang dimuat naik dalam hantaran di Facebooknya.

Hantaran tersebut memaparkan ilustrasi seekor monyet berjubah hakim yang digambarkan menjadi orang tengah antara kambing dan biri-biri simbolik yang dianggap sebagai sindiran biadab terhadap usaha murni Malaysia yang kini mempengerusikan Asean.



Source link