Malaysia Oversight

TMT Menawarkan Diskaun Sehingga RM1000 Untuk Peranti Qualcomm Snapdragon X Bersempena Lawatan Manchester United Ke Malaysia

By Amanz in May 27, 2025 – Reading time 1 minute
TMT Menawarkan Diskaun Sehingga RM1000 Untuk Peranti Qualcomm Snapdragon X Bersempena Lawatan Manchester United Ke Malaysia


Perkakasan

TMT Menawarkan Diskaun Sehingga RM1000 Untuk Peranti Qualcomm Snapdragon X Bersempena Lawatan Manchester United Ke Malaysia

May 27, 2025

Nazrin

Pasukan bola sepak terkemuka dari England, Manchester United kini berada di Malaysia untuk perlawanan persahabatan menentang pasukan pilihan ASEAN pada hari esok, 28 Mei 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

image 63

Lawatan ini ditaja oleh Qualcomm sebagai salah satu penaja utama Manchester United pada musim ini, dan akan memperlihatkan kebanyakan pemain-pemain utama pasukan tersebut menentang pemain-pemain bola sepak terbaik di rantau ini.

image 61

Bersempena dengan itu, gedung IT terkenal tempatan Thunder Match Malaysia (TMT) dan Qualcomm juga telah bekerjasama untuk mengadakan sesi ramah-mesra bersama-sama dengan seorang lagenda bola sepak Manchester United, Nani yang pada satu ketika dahulu merupakan pemain sayap utama pasukan tersebut.

image 64

TMT turut menganjurkan pelbagai aktiviti untuk para peminat Manchester United dan pengunjung lain di kedai mercu mereka di pusat membeli-belah Sunway Pyramid, termasuklah sebuah jersi pasukan yang ditandatangani oleh Casemiro.

image 65

TMT turut menawarkan diskaun sehingga RM1000 untuk semua komputer-komputer riba yang dikuasakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon X dan Snapdragon X Elite dari 29 ke 30 Mei 2025 di setiap kedai TMT di seluruh Malaysia untuk mereka yang sedang mencari sebuah komputer riba produktiviti baru untuk kegunaan di rumah, sekolah mahupun pejabat.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link