Google Sedang Bangunkan Aluminium OS – Sistem Operasi Berasaskan Android Dengan AI Sebagai Teras Utama
Aman
Google kini dilihat sedang membangunkan sebuah sistem operasi baharu, dinamakan sebagai Aluminium. Perkara ini dilihat melalui pengiklanan pencarian pekerja oleh Google pada laman LinkedIn.

Aluminium ini digambarkan sebagai sistem operasi berasaskan Android, dan memfokuskan kepada peranti dan pengalaman yang premium. Aluminium juga dikatakan sebagai sistem operasi yang dibangunkan dengan kecerdasan buatan janaan sebagai teras utamanya.
Sistem operasi ini dijangka akan menggantikan penggunaan ChromeOS pada komputer riba. Penjenamaannya juga dikatakan sebagai selari dengan Chromium (berakhir dengan -ium). Ia mungkin sekadar nama kod sahaja buat masa ini, dan bukan jenama akhir untuk sistem operasi berkenaan.
Google sebelum ini telah sedia menyatakan akan menawarkan komputer riba menjalankan Android, dan pihak Qualcomm mengatakan ia bakal dipasarkan seawal tahun 2026 kelak.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan secara rasminya pengenalan sistem operasi Aluminium ini oleh Google tidak lama lagi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






