Malaysia Oversight

Threads Hadir Dengan Pautan Jemputan Ke Perbualan Berkumpulan

By Amanz in November 25, 2025 – Reading time 1 minute
Threads Hadir Dengan Pautan Jemputan Ke Perbualan Berkumpulan


Threads kini memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menjemput rakan atau kenalan ke dalam perbualan berkumpulan (Group Chat) dengan lebih mudah melalui pautan jemputan. Dengan hanya satu langkah, perbualan dapat berkembang secara berterusan tanpa sebarang halangan.

Threads Kini Hadir dengan Pautan Jemputan Ke Perbualan Berkumpulan 1 1

Untuk mencipta perbualan menggunakan pautan, pengguna hanya perlu membuka peti masuk (inbox) Threads dan memulakan mesej baharu. Seterusnya, pilih ‘Create group chat’ diikuti dengan ‘Create with link’.  Setelah ruang perbualan dinamakan, pengguna akan diberikan pilihan untuk menyalin pautan jemputan bagi memudahkan rakan atau kenalan menyetainya.

Bagi perbualan berkumpulan yang telah diwujudkan, pautan boleh diaktifkan melalui menu tiga titik di bahagian atas kanan dengan memilih ‘Invite link‘. Hanya pentadbir (admin) dibenarkan menjana pautan tersebut namun sesiapa sahaja yang menerimanya boleh berkongsi dengan orang lain.



Source link