Malaysia Oversight

Pelajar UMPSA Hasilkan Sistem Keselamatan Motosikal Pintar

By Amanz in November 25, 2025 – Reading time 2 minute
Pelajar UMPSA Hasilkan Sistem Keselamatan Motosikal Pintar


Pelajar UMPSA Hasilkan Sistem Keselamatan Motosikal Pintar

November 25, 2025
Lain-lain

Amy Maizuraa

Muhammad Syahir Mohamed Salim, pelajar Fakulti Komputeran (FK) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berjaya membangunkan sistem keselamatan motosikal pintar yang dikenali sebagai Intelligent Keyless Motorcycle Access Security System.

Muhammad Syahir Mohamed Salim 2

Projek ini dibangunkan hasil perbincangan bersama penyelianya, Ts. Dr. Kohbalan a/l Moorthy dengan penekanan terhadap usaha menangani isu kecurian motosikal serta kelemahan penggunaan kunci fizikal.

Melalui sistem yang dibangunkan, pemilik dapat mengakses motosikal menggunakan telefon pintar dan kad RFID di samping menjejak keberadaan kenderaan secara masa nyata.

Projek ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu pembangunan sistem yang berfungsi untuk berinteraksi dengan motosikal.

Sementara itu, bahagian elektroniknya pula menggunakan komponen seperti Arduino, LED, buzzer dan RFID di mana setiap isyarat cahaya serta bunyi berperanan sebagai pengesahan status motosikal sama ada dalam keadaan sedia, dihidupkan atau dimatikan.

Muhammad Syahir Mohamed Salim 1

Projek ini mula dibangunkan pada tahun 2023 dan berjaya disiapkan pada Jun 2024 dengan kos sekitar RM1000. Selain memberi manfaat kepada pemilik individu, sistem ini turut berpotensi diaplikasikan dalam industri khususnya syarikat sewa motosikal.

Muhammad Syahir juga merancang untuk menambah ciri perkongsian kad akses melalui telefon pintar, integrasi GPS API bagi pemantauan lokasi serta kawalan jarak jauh yang membolehkan motosikal dikunci atau akses pengguna tertentu dihadkan.

Inovasi tersebut mendapat sokongan daripada Centre for Artificial Intelligence & Data Science (CAIDAS), selain meraih pengiktirafan di peringkat pertandingan apabila dianugerahkan pingat perak di iCE-Cinno 2024 serta pingat emas bersama Most Impactful ICT Award di CITREX 2025.

UMPSA

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link