Malaysia Oversight

Johor Guna Alat Pengesan Logam Di Pusat Peperiksaan SPM

By Amanz in November 25, 2025 – Reading time 1 minute
Johor Guna Alat Pengesan Logam Di Pusat Peperiksaan SPM


Johor Guna Alat Pengesan Logam Di Pusat Peperiksaan SPM

November 25, 2025
Lain-lain

Aman

Johor kini mula melaksanakan penggunaan alat pengesan logam di pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri tersebut. Langkah ini adalah dalam usaha untuk terus memperkukuhkan integriti, keselamatan dan memastikan kelancaran peperiksaan di negeri tersebut.

Alat Pengesan Logam Johor
Imbasan menggunakan alat pengesan logam (Gambar melalui FB Aznan Tamin)

Ini juga memastikan para pelajar tidak membawa sebarang peralatan yang dilarang ke dewan peperiksaan – apatah lagi peranti elektronik. Secara tidak langsungan, pengimbasan menggunakan alat pengesan logam sebelum memasuki dewan peperiksaan ini turut mengurangkan risiko pelanggaran dalam peraturan peperiksaan.

Di Johor, seramai 49,654 calon mengambil SPM 2025 tahun ini, melalui 372 pusat peperiksaan. Alat pengesan logam ini disediakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

Menyentuh mengenainya juga, ia dikatakan alat pengesan logam ini turut boleh diperluaskan untuk penggunaan harian di sekolah, namun perkara ini perlu perbincangan lanjut lagi.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link