Google Assistant Akan Ditamatkan Sepenuhnya Pada Mac 2026
Aman
Google melalui halaman sokongan untuk Google Assistant, kini menyatakan perkhidmatan berkenaan boleh digunakan sehingga Mac 2026. Ini sekaligus memberikan petanda yang mana Google Assistant akan ditamatkan selepas itu, dan aplikasinya tidak lagi boleh digunakan.

Untuk makluman, Google telah pun mula menggantikan penawaran Google Assistant dengan Google Gemini – iaitu sokongan kecerdasan buatan janaan terbaru mereka. Versi terbaru yang ditawarkan adalah Gemini 3, dan sedia menerima reaksi positif pengguna seluruh dunia. Disamping itu, Gemini juga turut telah diintegrasikan pada carian Google, serta sejumlah perkhidmatan Google lain.
Google Assistant pada awalnya diperkenalkan pada 2016 yang lepas, iaitu sokongan pembantu maya berasaskan suara. Ia boleh berinteraksi dengan pengguna melalui seruan “Hey Google”, dan antara perkhidmatan berasaskan arahan suara yang terbaik dipasaran. Namun, dengan era AI kini, Google Assistant ditamatkan, dan kini Google dilihat memfokuskan sepenuhnya terhadap Gemini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






