Malaysia Oversight

BN yakin tawan Sabah berdasarkan kekuatan jentera

By Utusan in November 24, 2025 – Reading time 2 minute
BN yakin tawan Sabah berdasarkan kekuatan jentera


: Barisan Nasional () yakin dapat menawan Sabah dan membentuk negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 nanti.

Naib Presiden , Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keyakinan itu disandarkan atas persiapan jentera yang tersusun serta kredibiliti calon yang diketengahkan di 45 kerusi dipertandingkan.

Beliau berkata, keyakinan turut disoking oleh komitmen tinggi jentera parti di peringkat akar umbi serta penerimaan positif rakyat Sabah terhadap calon .

“Kami tampilkan persiapan jentera dan barisan calon yang kuat. Insya-Allah akan mencapai kejayaan.

“Kami dapati 45 kerusi itu sudah memadai untuk membentuk negeri. Malah penerimaan rakyat terhadap calon-calon kita juga begitu baik,” katanya selepas ditemui pada Majlis Hi-Tea Program Jaminan Kerjaya anjuran Yayasan Pahang, di sini hari ini.

Katanya, BN menyasarkan sekurang-kurangnya memperolehi majoriti mudah bagi membentuk di Sabah.

BN Sabah mempertaruhkan 45 kerusi pada PRN17 sekali gus mengukuhkan semula pengaruh politiknya di peringkat negeri.

Pemilihan kerusi dipertandingkan dianggap strategik serta mempunyai potensi kemenangan tinggi berdasarkan kekuatan jentera, demografi pengundi dan rekod prestasi wakil rakyat sebelum ini. – UTUSAN





Source link