Malaysia Oversight

Realme Buds Clip Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM399

By Amanz in November 24, 2025 – Reading time 1 minute
Realme Buds Clip Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM399


Realme Buds Clip Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM399

November 24, 2025
Realme

Amy Maizuraa

Realme turut memperkenalkan fon telinga dalam bentuk seakan subang di Malaysia. Produk ini dikenali sebagai Realme Buds Clip dan dijual pada harga RM399 seunit. Bagi yang berminat, ia boleh didapati melalui pengedar sah Realme di seluruh Malaysia.

IMG 5086

Realme Buds Clip hadir dengan rekaan yang dikatakan selesa dipakai serta dilengkapi pemacu audio 11mm. Saiznya juga setara dengan penawaran jenama lain seperti Huawei Free Clip dan Amazfit Up Open Ear, manakala pod pengecas hadir dengan kemasan pusam serta LED Ring.

IMG 5084
IMG 5082

Fon telinga ini menyokong ciri AI Powered ENC untuk menapis bunyi hingar ketika panggilan serta AI Translator bagi terjemahan masa nyata. Selain itu, ia mempunyai ketahanan kalis air IP55 dan menyokong Low latency Mode 45ms yang sesuai digunakan untuk permua.

IMG 5138

Tambatan pantas disediakan melalui Bluetooth 5.4 dengan sokongan Swift Pair serta sambungan dwi peranti. Bateri pula mampu memberikan masa main balik sehingga 36 jam dengan bantuan pod pengecas.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link