Malaysia Oversight

Udo Kier, Pelakon Red Alert 2 dan COD WWII Meninggal Dunia

By Amanz in November 24, 2025 – Reading time 1 minute
Udo Kier, Pelakon Red Alert 2 dan COD WWII Meninggal Dunia


Udo Kier, Pelakon Red Alert 2 dan COD WWII Meninggal Dunia

November 24, 2025
e-Permainan

Effi Saharudin

Udo Kier, pelakon tahap kultus yang membintangi siri permainan video Command & Conquer : Red Alert 2 dan Call of Duty WWII meninggal dunia semalam pada usia 81 tahun. Kier membintangi lebih 275 filem, siri TV dan permainan video dalam kerjaya yang bermula pada tahun 1966. Sebab kematian beliau belum lagi diumumkan.

Udo Kier yuri

Dalam kalangan peminat siri Command and Conquer, Kier cukup dikenali kerana memegang watak antagonis Yuri yang menggunakan kuasa kawalan otak untuk mengalahkan musuh. Selain Red Alert 2, beliau juga menjadi watak utama dalam DLC Command & Conquer : Yuri’s Revenge. Sementara itu beliau meminjamkan suara kepada watak Dr Peter Straub dalam Call of Duty WWII .

Kier yang dilahirkan di Jerman pada tahun 1944 memulakan hidup dengan langkah kiri. Hospital beliau dilahirkan di Cologen dibom oleh Tentera Bersekutu sehingga beliau dan ibu terpaksa dikorek keluar. Dalam dunia layar perak, beliau kerap memegang watak antagonis ataupun hantu pontianak bermula dengan filem Blood for Dracula sebelum kemudian dalam filem Blade.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link