Malaysia Oversight

Malaysia Haramkan Individu Bawah 16 Tahun Mendaftar Akaun Media Sosial Bermula 2026

By Amanz in November 24, 2025 – Reading time 1 minute
Nepal Menarik Semula Halangan Media Sosial Selepas Rakyat Merusuh


Malaysia Haramkan Individu Bawah 16 Tahun Mendaftar Akaun Media Sosial Bermula 2026

November 24, 2025
Web 2.0

Effi Saharudin

Individu bawah 16 tahun diharamkan daripada mendaftar akaun media sosial bermula 2026 menurut Menteri Komunikasi Datuk Fadzil semalam. Ini menurut adalah selaras dengan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Online Safety Act 2025) yang akan berkuatkuasa bermula 1 Januari depan.

Media Sosial

Platform media sosial perlu mengaktifkan sistem eKYC mereka bagi mengesahkan identiti serta umur pengguna yang membuka akaun. Pengesahan identiti akan dilakukan menggunakan MyKad, passport atau MyDigital ID. Ini akan menjadikan Malaysia negara kedua selepas Australia yang mengharamkan akses media sosial kepada pengguna bawah 16 tahun. Australia akan menguatkuasakan langkah ini bermula 10 Disember depan.

Belum diketahui apakah penalti sekiranya platform gagal mengesakan usia pengguna atau pengguna yang melanggar pengharaman ini di Malaysia. Di Australia denda A$49.5 juta (~RM 132 juta) jika ini berlaku.

Penguatkuasaan oleh Kementerian Komunikasi juga masih kabur sedangkan ia akan bermula dalam masa hanya 5 minggu. Apakah yang akan berlalu kepada akaun media sosial pengguna bawah 16 tahun di Malaysia juga masih menjadi tanda tanya. Ini adalah persoalan yang penting kerana tahun ini platform media sosial sepatutnya memohon lesen dengan SKMM untuk beroperasi tetapi hanya TikTok, WeChat dan Telegram sahaja sudah melakukannya setakat ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link