Malaysia Oversight

Curiosity Stream Menyasarkan Pendapatan Pelesenan Kandungan Kepada Syarikat AI Mengatasi Pendapatan Langganan Menjelang 2027

By Amanz in November 23, 2025 – Reading time 1 minute
Curiosity Stream Menyasarkan Pendapatan Pelesenan Kandungan Kepada Syarikat AI Mengatasi Pendapatan Langganan Menjelang 2027



Curiosity

Curiosity Stream Menyasarkan Pendapatan Pelesenan Kandungan Kepada Syarikat AI Mengatasi Pendapatan Langganan Menjelang 2027

November 23, 2025
Penstriman

Aman

Terdapat sejumlah perkhidmatan penstriman dipasaran pada hari ini, dan salah satu yang memfokuskan kepada kandungan sains dan juga dokumentari adalah Curiosity Stream. Ia ditawarkan pada harga $39.99 setahun, yang mana agak berbaloi dengan kandungan yang ditawarkan melaluinya.

Terbaru, sementara perkhidmatan penstriman video melihat kepada penjanaan pendapatan tambahan melalui pengiklanan, pihak Curiosity Stream pula melihat kepada menjana pendapatan melalui pelesenan kandungan kepada firma-firma berasaskan kecerdasan buatan. Kandungan ini kebiasaannya digunakan untuk melatih model bahasa raya oleh setiap syarikat ini.

Setakat tahun ini sahaja, pelesenan ini telah menjana sebanyak $23.4 juta – yang mana sudah melangkaui separuh pendapatan langganan yang dijana pada 2024 lepas. Dengan peningkatan pendapatan ini, CEO Curiosity Stream menyasar pendapatan mereka melalui pelesenan kandungan kepada syarikat kecerdasan buatan ini akan melangkaui pendapatan melalui langganan menjelang 2027 – atau mungkin lebih awal.

Ini sekaligus memberikan bentuk pendapatan baharu kepada syarikat-syarikat penstriman kecil, dan memastikan mereka terus boleh beroperasi untuk tempoh lebih lama. Namun, ia tidak diketahui berapa lama pendapatan berbentuk ini akan bertahan, memandangkan jumlah kandungan baharu yang diterbitkan setiap tahun berkurangan berbanding katalog buat pertama kali, yang mungkin membawa kepada pengurangan dari segi pendapatan pelesenan kandungan dari tahun ke tahun.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link