
Instagram Reels Kini Membolehkan Video Berdurasi 20 Minit Dimuat-Naik
November 22, 2025
Meta
Aman
Instagram kini dilihat telah mengemaskini penawaran mereka, sekaligus membolehkan para pengguna memuat-naik video berdurasi sehingga 20 minit melalui Instagram Reels.
Dengan penawaran ini, ia sekaligus membolehkan video lebih panjang dimuat-naik ke platform berkenaan, dan pada masa yang sama membuatkan pengguna meluangkan masa yang lebih lama menonton video pada platform tersebut.
Walaubagaimanapun, buat masa ini, Instagram menyatakan video yang berdurasi lebih 3 minit tidak akan dicadangkan kepada para penonton baharu berasaskan algoritma, sebaliknya hanya diperlihatkan kepada penonton sedia ada sahaja untuk sesuatu akaun.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






