Hotlink Travel SIM Kini Dinaik Taraf Dengan Kelajuan Tanpa Had Dan FUP Lebih Tinggi
Amy Maizuraa
Hotlink Travel SIM kini hadir dengan kelajuan tanpa had serta tersedia dalam format eSIM. Sebelum ini kelajuan dihadkan kepada 12Mbps namun peningkatan terbaru memberikan pengguna sambungan lebih pantas dengan sokongan internet 5G di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia. Selain itu, Hotlink Travel SIM RM35 pula ditawarkan dalam format eSIM dan boleh diaktifkan terus melalui aplikasi Hotlink.

Bagi pilihan pelan, Hotlink Travel SIM RM35 menawarkan tempoh sah selama 15 hari dengan kelajuan tanpa had, akses internet di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia, panggilan tanpa had dalam Malaysia serta FUP sebanyak 100GB.
Sementara itu, Hotlink Travel SIM RM60 menyediakan tempoh sah selama 30 hari dengan kelajuan tanpa had, internet di empat negara tersebut, panggilan tanpa had dalam Malaysia serta FUP sebanyak 200GB. Sekiranya kuota FUP digunakan sepenuhnya, pengguna masih boleh melayari internet pada kelajuan yang dikurangkan.

Pelan Hotlink Travel SIM RM60 boleh didapati di Maxis Centre KLIA Terminal 1 dan 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang serta di lokasi pelancongan terpilih.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






