SKMM : Berita Palsu Paling Banyak Dikongsi Adalah Melibatkan Politik Dan Kesihatan
November 21, 2025
Telekomunikasi
Aman
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini berkongsi dapatan kajian terbaru mereka, memfokuskan berkenaan dengan penyebaran berita palsu yang tular melalui media sosial. Mengikut data Kajian Pengguna Internet 2024 oleh SKMM, ia dikatakan berita palsu yang paling banyak dikongsi pengguna di media sosial adalah politik dan juga kesihatan.
Disamping itu, menduduki tangga ketiga adalah melibatkan agama, dan seterusnya adalah melibatkan perkauman.

Seperti biasa, ia ditekankan yang mana orang ramai sentiasa menyemak daripada sumber-sumber utama sebelum menyebar sesuatu perkara, dan mengelak sesuatu perkara yang tidak pasti.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






