Malaysia Oversight

MPS dakwa tidak tahu kaitan kerabat diraja dalam kontrak parkir Selangor

By MkiniBM in November 21, 2025 – Reading time 3 minute
MPS dakwa tidak tahu kaitan kerabat diraja dalam kontrak parkir Selangor


Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mendakwa tidak mengetahui langsung mengenai kaitan seorang kerabat diraja dengan syarikat yang diberikan konsesi parkir di kawasan mereka di bawah program parkir .

Wakil pihak berkuasa tempatan itu memberitahu Malaysiakini bahawa ia “tidak tahu” mengenai kaitan dengan Istana , kerana keputusan melantik syarikat tersebut dibuat oleh negeri.

MPS menyatakan demikian ketika ditanya susulan laporan Malaysiakini yang mendedahkan pegangan 16.5 peratus Raja Muda , Tengku Amir Shah dalam Selmax Sdn Bhd, yang setakat ini telah menerima tiga konsesi menerusi Skim Parkir Pintar Selangor (SIP).

“Pelantikan (Selmax sebagai pengurus sistem SIP) dibuat oleh Selangor dengan merujuk kepada MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri),” kata MPS apabila ditanya mengenai pegangan saham Tengku Amir Shah sebelum pelantikan Selmax.

Ditanya sama ada penglibatan kerabat diraja dalam Selmax dibincangkan sebelum pelantikan dibuat, MPS menegaskan ia “tidak mempunyai pengetahuan” mengenai perkara itu.

“Lantikan konsesi Pengurusan Tempat Letak Kereta di MPS dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor,” tegasnya.

MPS menambah ia telah mengeluarkan surat tawaran kepada Selmax pada 30 Jun untuk menyediakan “perkhidmatan pengurusan parkir pintar” bermula 1 Julai.

84eb6d36ab35b128436937f018f40569

“Bagaimanapun terdapat perbincangan antara kedua belah pihak dijalankan bagi mencapai persetujuan kandungan Surat Setuju Terima tersebut,” katanya.

Kontrak 10 tahun, dengan pilihan lanjutan lima tahun

Dalam pemfailan kepada Bursa, syarikat induk Selmax, ITMAX System Bhd, merekodkan bahawa Selmax hanya menerima dan bersetuju dengan surat pelantikan yang disemak semula pada 2 Sept.

ITMAX System menyatakan bahawa surat pelantikan yang dipinda bertarikh 29 Ogos itu dianugerahkan oleh MPS kepada Selmax untuk menjadi pengendali SIP.

Pemfailan itu menyebut kontrak tersebut berkuat kuasa selama 10 tahun dengan pilihan lanjutan lima tahun tambahan, “tertakluk kepada penilaian MPS” dan Rantaian Mesra Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) yang mengawasi pelaksanaan SIP.

Berdasarkan semakan Malaysiakini, pewaris takhta Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah itu mempunyai pegangan dalam Selmax melalui dua syarikat pegangan lain: Tanah Perwira Sdn Bhd dan Greyscale Holdings Sdn Bhd.

d73e08c89a13e153d7b5200915fa5dc2

Ditubuhkan pada Mac tahun lalu, Tanah Perwira, pemegang saham minoriti Selmax, dimiliki sepenuhnya oleh Greyscale Holdings, sebuah syarikat berusia tiga tahun di mana Tengku Amir Shah memegang 55 peratus pegangan majoriti.

Selain MPS, dua lagi pihak berkuasa tempatan turut memberi konsesi kepada Selmax bagi pengurusan sistem SIP: Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Bandaraya Subang Jaya.

Setakat ini, Majlis Bandaraya Petaling Jaya merupakan satu-satunya PBT yang menarik diri daripada perjanjian dengan Selmax.

Menerusi perjanjian konsesi dengan Selmax, setiap PBT perlu berkongsi hasil kutipan parkir, bulanan, zon dua jam dan kompaun dalam nisbah 50-40 peratus dengan syarikat itu, di mana Selmax menerima bahagian lebih besar.

Baki 10 peratus diperuntukkan kepada Rantaian Mesra.

Rekod pengalaman mengurus sistem parkir

Seorang pegawai kepada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari sebelum ini memaklumkan Malaysiakini bahawa MBI telah menjalankan proses permintaan cadangan awam (RFP) yang disertai 26 syarikat, sebelum hanya tiga dipanggil untuk membentangkan cadangan terperinci.

7c8e6781aa9e552138b012ea4a41989d

“Syarikat yang akhirnya dipilih oleh MBI mempunyai rekod pengalaman mengurus sistem parkir di Johor, dan juga merupakan sebuah syarikat tersenarai awam,” kata setiausaha akhbar Amirudin, Jay Jay Denis.

Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center) kemudian mengkritik kerajaan negeri kerana didakwa kurang telus dalam inisiatif SIP, sambil menegaskan penglibatan kerabat diraja sepatutnya memerlukan ketelusan dan pemeriksaan lebih rapi.

Ahli Parlimen , Lee Chean Chung juga menggesa kerajaan negeri memberikan penjelasan mengenai perkara itu, bagi memastikan tiada pihak termasuk institusi diraja terdedah kepada “andaian yang tidak wajar”.



Source link